INFO PROFIL

Foto saya
JENTREK ROJOIMO WONOSOBO, jawa tengah indonesia, Indonesia
Ya Allah jadikan kami manusia yang bisa keluar dari belenggu “kemunafikan”. Bimbing kami untuk tidak mengoreksi orang lain sebelum diri ini terkoreksi ya Rabb. Jadikan kami manusia yang jujur dan tidak pernah membohongi diri sendiri apalagi orang lain. kepadaMulah kami berserah ya Allah, kepadaMulah kami bermohon karena tanpa kehendakMu kami tidak bisa berbuat apa-apa Affannur Jentrek rojoimo wonosobo . lahir13 Agustus 1989

Senin, 13 Desember 2010

1. Adakah Tuhan Maha Hadir?
Affannur

Daripada ayat-ayat Quran dan perbahasan agama, kita dapat mengambil konsep bahawa Tuhan tidak berada di suatu tempat tetapi hadir di setiap tempat.


..Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan... [57:4]


Satu golongan mengaitkan ayat ini kepada rumusan berikut: ..Tuhan berada di mana-mana... Tetapi kesedaran yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Qur..an akan menunjukkan rumusan itu tidak benar. Di sana terdapat sebahagian ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah bersama dengan orang yang benar. Tuhan bersama dengan orang yang sabar, dan sebagainya. Tetapi dalam setiap ayat-ayat ini ..Tuhan bersama dengan.....digunakan untuk menunjukkan pengertian tertentu. Dalam ayat 5:12, 8: 13, 20: 46, 47: 35, 192, 16: 128, 9: 36, 40, 133, 194 menunjukkan pengertian bahawa Tuhan adalah penolong kepada orang-orang yang baik, bertawqa, sabar, dan beriman.


Dalam Surah 4: 108, 58: 7, adalah untuk memberi penekanan bahawa Tuhan mengetahui setiap sesuatu dan tidak ada sesuatu yang tersembunyi dariNya.


..Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan... [4: 108]


Pemerhatian yang mendalam terhadap Surah 57: 4 menunjukkan bahawa terdapat juga pengertian yang sedemikian. ....Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan... [57: 4]


Tetapi dalam sejarah pemikiran umat Islam, kita dapat terdapat segolongan atau kumpulan yang mengaitkan ayat ini dengan perkara lain [46]. Golongan Pantheistik cuba membenarkan pandangan mereka dengan memetik ayat berikut: ..Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja.....[57: 4]


......Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya.......[8: 24]


..Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,......[50: 6]


......maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Allah (Wajhu-llah).....[2: 115]


Mereka mendakwa bahawa al-Qur..an juga mengesahkan kepercayaan mereka tentang Keberadaan Tuhan dengan setiap benda, dan dengan cara ini Tuhan adalah keseluruhan kepada semua yang ada di alam ini dan setiap benda adalah sebahagian daripadaNya [47]. Tetapi kajian yang mendalam kepada ayat-ayat ini dan ayat-ayat yang seterusnya mendedahkan bahawa tidak ada satupun daripada ayat-ayat ini merujuk kepada doktrin keberadaan Tuhan bersama benda.


Malahan dalam ayat 57: 4 bertujuan untuk menyakinkan setiap Muslim tentang pertolongan Tuhan dengan menyatakan: ..Dan Ia tetap bersamasama kamu di mana sahaja.....


Surah 8: 24 dan 50: 16 menekankan kepada manusia bahawa Tuhan mengetahui semua perkara dan tidak ada sesuatu yang menjadi rahsia dariNya. Surah 2: 115 pada hakikatnya menjelaskan kepada umat Islam bahawa Tuhan ..Masjid ul-Aqsa.. adalah sama dengan Tuhan Masjid ul- Haram, dan jika ..Qiblah.. orang Islam dipindahkan dari Masjid ul-Aqsa ke Masjid ul-Haram, ia semata-mata untuk menekankan tentang kebebasan Islam, Nabi SAWAW dan Kitab Suci dan menutup mulut kepada orangorang yang berkata Nabi SAWAW tidak lain hanyalah mengikut ajaran Yahudi. Maka tidak ada satupun dalam ayat-ayat ini merujuk atau mengesahkan doktrin pantheisme.


Walau bagaimanapun, perbahasan berikut tentang Tuhan akan membawa kepada rumusan bahawa Dia adalah Maha Tinggi daripada terikat kepada masa dan tempat. Justeru, ..Dia.. tidak berada di langit, bumi atau di mana jua.



32. Adakah Tuhan Boleh Di Lihat?

Surah 6: 103 dalam hal ini menyatakan: ..Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya... Allamah al-Hilli dalam kitabnya Kashf al-Murad berkata: ..Keberadaan Tuhan yang wajib juga merupakan satu penafian bahawa Dia dapat dicapai oleh penglihatan...[48]


Allamah selanjutnya menerangkan: ..Kebanyakan ahli falsafah berpandangan Tuhan tidak dapat dilihat. Tetapi mereka yang mensifatkan Tuhan mempunyai tubuh badan, percaya Tuhan dapat dicapai oleh penglihatan. Jika mereka tidak beranggapan Tuhan mempunyai tubuh, dan beranggapan Dia sebagai wujud yang berbeza dari benda, mereka juga akan berpendapat adalah mustahil Dia dapat dicapai oleh penglihatan... ..Tetapi golongan Ashari berpendapat bertentangan dengan pandangan ahli falsafah tersebut. Mereka mendakwa walaupun Tuhan tidak mempunyai tubuh dan berbeza dari benda, Dia juga dapat dicapai oleh penglihatan...[49]


Ashari dalam kitabnya ..Maqalat.. berkata: ..Sesetengah golongan beriman kepada Tuhan boleh dilihat di dunia ini. Barangkali, Tuhan menunjukkan diriNya sebagia seseorang yang kita temui di jalan-jalan. Sesetengah dari mereka percaya Tuhan boleh menyerupai pelbagai benda. Seringkali mereka melihat seorang pemuda yang kacak dan Tuhan telah masuk ke dalam tubuhnya. Sesetengah orang mendakwa bahawa seseorang mungkin dapat melihat Tuhan di dunia ini, malahan berjabat tangan denganNya, menyentuhNya atau melihatNya berulang-ulang kali [50]. Mereka selanjutnya berkata bahawa seorang yang hatinya ikhlas dapat bertemu Tuhan di dunia ini dan juga di akhirat. Kepercayaan ini telah dikaitkan dengan beberapa pengikut Misr dan Kahmas. Ia juga dikaitkan dengan pengikut Abdul Wahid bin Zaid bahawa kemampuan untuk melihat Tuhan bergantung kepada amal baiknya. Maka semakin baik amalnya maka semakin tinggi kemampuannya untuk melihat Tuhan. Sesetengah orang percaya bahawa kita dapat melihat Tuhan di dunia ini hanya dalam mimpi sahaja.


Raqabah b. Musqala pernah berkata, ..Aku melihat Tuhan dapat mimpiku yang mengisytiharkan bahawa Dia akan meninggikan maqam Sulaiman Tihi kerana dia telah menunaikan solat subuh dengan wudhu yang sama ketika dia solat Isha selama 40 tahun. Ini bermakna, dia telah berjaga malam dan meneruskan solat sehingga subuh...Terdapat ramai orang yang menolak dakwaan tersebut iaitu Tuhan boleh dilihat di dunia dan menyatakan: ..Tuhan hanya boleh dilihat di akhirat...[51]


Ashari dalam bahagian terakhir juzuk pertama kitabnya, merumuskan pemikiran ..pengikut ahlul sunnah.. seperti berikut: Para ahli hadith dan Sunnah menyatakan bahawa Tuhan boleh dilihat hanya pada hari Pengadilan umpama bulan penuh tetapi hanya dapat ditatap oleh orang-orang yang beriman sahaja dan bukan orang kafir di mana mereka akan di hijab dengan tabir antara Allah dan orang-orang kafir. Allah SWT berkata: ..Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya... [83: 15]


Nabi Musa AS memohon kepada Tuhan supaya Dia boleh dilihat di dunia ini. Tetapi Tuhan mendedahkan kebesaranNya pada bukit dan menghancurkannya supaya ia menunjukkan bahawa Dia tidak dapat dilihat di dunia ini tetapi hanya boleh dilihat pada hari Akhirat. Inilah pandangan Ashari. Tetapi Allamah Hilli munsykil apabila Tuhan tidak mempunyai tubuh menurut Ashari sendiri, lalu bagaimana Dia dapat dilihat sama ada di dunia atau di Akhirat.



33. Sebab-sebab Munculnya Perkara Ini dan Kepercayaan Yang Sama di Kalangan Orang-orang Islam

Satu kajian tentang kepercayaan mereka dan perbandingan dengan mazhab-mazhab bukan Islam menunjukkan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh kepercayaan dan pemikiran ajaran bukan Islam lebih daripada ajaran-ajaran Islam dan Qur..an. Hal ini menjelaskan sebabsebab mengapa mereka tergelincir dari jalan yang betul. Walau bagaimanapun pemikiran Abu al-Hassan Ashari berkenaan Tuhan boleh dicapai oleh penglihatan tidak dipengaruhi oleh orang lain kerana beliau dan pengikutnya sentiasa menekankan prinsip-prinsip yang merujuk kepada kitab dan sunnah supaya mereka dapat menghalang pengaruh pemikiran yang salah daripada meresap dalam pemikiran Islama. Sekarang persoalannya timbul: Apakah yang menyebabkan mereka percaya Tuhan dapat dilihat pada hari Akhirat? Maka perkara ini dengan mudah dapat rumuskan dari tulisan-tulisan mereka iaitu apa yang menyebabkan mereka percaya hal tersebut diambil dari sesetengah ayat al-Quran sendiri. Al-Quran secara berulang-ulang menyatakan bahawa Hari Pengadilan merupakan hari pertemuan dengan Tuhan: ..Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orangorang yang beriman (di dunia dan di akhirat).


Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia... [33: 43- 44]


Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang menyebutkan pertemuan dengan Tuhan pada Hari Pengadilan misalnya 2: 46, 223, 249, 6: 31, 154, 9: 77, 10; 7, 11, 45, 11: 29, 13: 2, 18: 105, 110, 25: 21, 29: 5, 23, 30: 8, 32: 10, 23, 84: 6. Maka yang menyebabkan salah faham itu ialah penafsirannya. Walaupun ayat-ayat ini ada menyebut tentang pertemuan dengan Tuhan. Misalnya dalam ayat 6 Surah 84 al-Qur..an menyatakan: ..Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali... [46: 6]


Ashari dan para pengikutnya berpandangan bahawa istilah ..pertemuan.. itu bermaksud bertemu secara bersemuka iaitu dengan perkataan lain sebagai ..melihat... Lantaran itu Hari Pengadilan sebagai hari menyaksikan Tuhan. Secara khusus, bersandarkan dari ayat-ayat berikut mereka yakin bahawa ..pertemuan.. itu sebagai pertemuan secara penglihatan: ..Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya... [75:22, 23]


Memang tidak dinafikan bahawa jika kita menumpukan hanya kepada ayat-ayat ini, kita juga akan berfikir bahawa orang-orang beriman akan dapat melihat Tuhan secara bersemuka pada Hari Pengadilan. Tetapi al- Qur..an mengandungi ayat-ayat lain juga berkenaan ..penglihatan langsung kepada Tuhan.., mencadangkan pengertiannya yang jelas dan jauh dari penafsiran yang salah [52].


Maka sudah terbukti untuk mempelajari ajaran al-Quran tentang perkara ini, pada permulaannya ayat-ayat ini hendaklah dipertimbangkan. Dalam ayat ini, permintaan yang mustahil iaitu ..kami hendak melihat Tuhan.. telah diketengahkan dan ditolak sama sekali. Dalam hal ini kefahaman tentang perkara yang non-empirikal dan beriman dengannya sering menjadi satu perkara yang sulit kepada orang yang ragu-ragu dan tidak beriman, maka terdapat musuh Nabi-nabi yang menuntut untuk melihat Tuhan secara bersemuka bagi menghilangkan sebarang keraguan dan tidak percaya (kepada Tuhan). Sebagai contoh, Bani Israel menuntut Nabi Musa AS: ..Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya... [2: 55]


Bani Israel sangat degil dalam tuntutan mereka menyebabkan Nabi Musa AS tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membawa isu tersebut kepada Tuhan [54].


..Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)... [7: 143]


Orang-orang Arab juga telah menuntut perkara yang sama kepada Nabi SAWAW supaya dengan ini mereka dapat beriman kepada Tuhan. ..Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya... [17: 90-92]


..Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: "Semoga kita jauh - dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".[25: 21-22]


Berdasarkan kepada tuntutan mereka ini pada zaman Nabi SAWAW yang mahu melihat Tuhan. Maka ayat-ayat ini hanya menunjukkan kesombongan dan kedegilan mereka. Dan begitu juga mereka ini begitu mendesak untuk melihat malaikat, al-Quran menambah: ..Sungguh, mereka akan melihat malaikat pada Hari Pengadilan. Tetapi ia tidak akan membawa kebaikan kepada mereka. Malaikat-malaikat akan datang kepada mereka untuk mengerjakan mereka di atas dosadosa mereka. Dan barang siapa yang degil untuk melihat mereka pada hari ini akan menangis supaya di jauhi dari mereka... Ayat 103 Surah 6 menegaskan secara muktamad: ..Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. .. [6: 103]


Tidakkah ayat-ayat di atas membawa pemikiran kita percaya bahawa Tuhan tidak boleh dicapai oleh penglihatan di dunia atau di akhirat? Sekarang apakah pengertian pertemuan dengan Tuhan pada hari Pengadilan? Sewajarnya ia bermaksud, pada hari itu tidak akan ada keraguan langsung dalam pemikiran seseorang tentang kewujudan Tuhan. Dan umpama melihatNya secara bersemuka.



34. Tuhan Maha Mengetahui

Tuhan mengetahui semua benda. Alam ini dibahagikan kepada dua bahagian: Yang ghaib (Ghayab) dan yang nyata (Shahadat). Tetapi Allah Maha Mengetahui yang ghaib dan juga yang nyata. Pada hakikatnya tidak ada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah. Alam ini secara keseluruhan adalah nyata bagiNya. ..Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segalagalanya). .. [13: 9]


..Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit... [3: 5]


Allah mengetahui setiap benda walau ia paling kecil di dunia termasuklah setiap perbuatan yang kita lakukan. ..Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)... [2: 215]


Pengetahuan Tuhan adalah pengetahuan hadir seperti sesuatu itu berhadapan denganNya. Ia adalah ilmu seperti seseorang saksi yang menyaksikan suatu peristiwa dengan matanya sendiri. ..Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?.. [41: 53]


Sejak zaman berzaman para ahli falsafah dan tokoh-tokoh terkemuka Islam telah memikirkan tentang ilmu Tuhan yang khusus tentang sesuatu tidak sejajar dengan ZatNya. Dan isu yang kontroversi ini misalnya tentang Inayat telah memenuhi pemikiran mereka. Menurut mereka ilmu pengetahuan Tuhan yang khusus tentang sesuatu hanya dapat dipertimbangkan melalui ilmu pengetahuanNya tentang alam ini secara keseluruhan. Pendekatan ini sebenarnya tidak sesuai dengan apa yang Al-Qur..an nyatakan tentang ilmu Tuhan. Pada akhirnya, Mulla Sadra sebagaimana yang beliau nyatakan dalam falsafahnya untuk menerangkan tentang wajib dan mumkin, tawhid dan berbilangan, membuat pendekatan untuk menerangkan bahawa ilmu Tuhan yang sempurna adalah ilmu huduri yang sejajar dengan ZatNya dan dengan cara ini beliau telah menyelesaikan masalah Inayat.


Walau bagaimanapun al-Qur..an menekankan bahawa ilmu Tuhan secara huduri ke atas semua benda di alam ini dan menerangkan tentang Tuhan sebagai ..Maha mendalam pengetahuanNya.. 6: 73... ..Maha Mengetahui.. 2: 32, dan ..Yang Maha Mengetahui.. 5: 73, ..Allah sentiasa Mengetahui (menyedari).. 4: 35, ..Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.. 2: 32. Dia mentadbir alam ini sebaik-baiknya.



35. Tuhan Maha Berkuasa

Tuhan Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu: ..Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu... [2: 20] Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, 2: 20, 6: 37. Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa,11: 66. Dia Maha Berkuasa, 6: 61, Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa, 12: 39. Dia Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Apabila Dia menghendaki sesuatu terjadi, cukuplah bagiNya berkata: Jadilah maka jadilah ia (kun-faya-kun). ..Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka jadilah ia... [36: 82]



36. Kehendak Allah; Qada dan Qadar

Lazimnya makhluk hidup yang mempunyai ..Pengetahuan.. dan ..Kuasa.. mampu mencapai apa yang dia kehendaki dan mampu berusaha untuk mencapainya. Apabila kita hendak cuba mencapai kehendak kita dengan kesedaran: ..Aku berniat untuk melakukan sesuatu perkara,.. maka: ..Kehendak adalah satu kesedaran dan kekuatan yang berkesan dalam mencapai matlamat kita... Di antara berbagai makhluk dalam dunia ini, sekurang-kurangnya haiwan yang rasional memiliki kemampuan kehendak, iaitu apabila mereka berhajat kepada sesuatu dengan kesedaran mereka maka mereka akan berusaha untuk mencapainya. Manusia mempunyai kelebihan ini lebih daripada haiwan-haiwan lain.


Kehendak manusia lebih luas daripada haiwan-haiwan lain maka lantaran itu mengapa peranan ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kehidupan mereka lebih kreatif daripada haiwan-haiwan lain.Namun demikian tidak semua aktiviti yang berlaku dalam diri manusia adalah kehendaknya misalnya peredaran darah dalam tubuh manusia, sistem pernafasan, sistem pencernaan, anggota dalam tubuh badan yang mengeluarkan bahan kimia tertentu untuk keperluan tubuh. Sistem ini berjalan dengan sendirinya dan bukan dengan kehendak manusia itu sendiri [55]. Walau bagaimanapun perbuatan yang mengikut kehendak manusia mempunyai batasannya sebagai contoh manusia tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada peredaran sistem solar atau boleh mempengaruhi ciri-ciri keturunan yang dilahirkan. Maka dengan ini kesan kepada ..kehendak.. manusia adalah terbatas. Lantaran itu seseorang itu gagal melakukan sesuatu kerana disebabkan faktor-faktor yang di luar batasan kekuasan dan ilmunya, telah menghalang kehendak seseorang daripada mencapai apa yang dia kehendaki. Tetapi Tuhan yang mempunyai Ilmu Pengetahuan Mutlak dan Maha Berkuasa dapat mencapai apa yang Dia kehendaki.


..Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya... [11: 107]


..Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya... [85: 16]


Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya, ......dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!.. [11: 33], ..Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa... [35: 44] dan sebagainya.


KehendakNya mentadbir keseluruhan alam ini (qada). Dan bukan kehendak yang selain dariNya [40: 20] dan apa sahaja dan ketika sesuatu benda bertindak atau bergerak maka pergerakan atau tindakannya adalah di dalam kerangka ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan, kerana Dia telah menetapkan had-had tertentu pada setiap sesuatu (Qadar) [25: 2, 65: 3, 41: 10.


Manusia juga ditadbir oleh peraturan mutlak ini. Peranan kemampuannya untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan jalan yang benar adalah terhad, dan ditentukan oleh Qadar dan Qadar. Tuhan berkehendak agar manusia dengan kehendak dan pilihannya masingmasing menentukan masa depannya untuk kebaikan atau keburukan, cantik atau hodoh, terang atau gelap.


Malahan dalam kerangka batasan ini, tidak ada manusia atau makhluk lain yang dapat beranggapan dirinya sebagai pemerintah yang mutlak. Jika Tuhan menghendaki, Dia dapat menyebabkan manusia tidak berkuasa dan tidak dapat memberi kesan dalam hal ini. ..Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)... [89: 14]


Adalah jelas bahawa perintahNya meliputi dan menguasai segala kekuasaan individu atau kumpulan yang takbur dan mereka telah diberikan amaran dan hendaklah memahami bahawa walaupun sesuatu itu berada dalam lingkungan genggaman kekuasaan dan kemampuannya, dia hendaklah ingat bahawa kehendak Allah meliputi dan mengatasi segala sesuatu tempat. Terdapat banyak contoh dalam al-Qur..an berkenaan dengan perintah dan kekuasaan Tuhan meliputi segala sesuatu seperti ayat dalam Surah 68: 17-32 secara langsung menerangkan perkara yang sedemikian: ....Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; - Serta mereka tidak menyebut pengecualian. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.


Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain - (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya". Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya): "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu". Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)". (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)". Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?" Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!" Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela. Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".



37. Tuhan Yang Maha Hidup

Satu kewujudan yang memiliki kekuasaan bersama dengan kesedaran dan kehendak dirinya dipanggil satu benda hidup. Perkara yang sama dapat kita tentukan seseorang individu atau masyarakat yang hidup atas asas kesedaran kehendak diri dan pengetahuannya. Umat manakah yang lebih hidup? Satu umat yang menunjukkan kesedaran kehendak yang lebih tinggi dalam kehidupannya sudah tentu lebih hidup. Di antara makhluk-makhluk hidup, manusia dianugerahkan dengan perkiraan kehidupan yang sepenuhnya. Justeru, kesedaran kehendak dalam kehidupannya merupakan yang paling mendalam dan luas. Sekarang, wujud manakah yang memiliki kesedaran tertinggi dan ia lebih besar daripada semua wujud yang mempunyai kesedaran? Sudah tentu jawapanya ialah Tuhan. Maka Tuhan merupakan satu kehidupan dan memiliki tahap kehidupan yang maksima. Dia lah Yang Tetap Hidup 40: 65, Hidup yang tidak mati.


..Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya.... [25: 58] Yang Hidup yang memiliki saradiri dan tidak pernah letih terhadap pekerjaan atau tindakanNya. Dia tidak mengantuk atau tidur.


..Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur... [2: 255]


..Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran...... [3: 1-3]


..Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman... [20: 111]


Istilah ..Qayyum.. dari kata akar yang dengan sama dengan ..Qiyam.. yang bermaksud berdiri. Istilah ..Qa..im.. yang merupakan subjek bermakna seseorang yang berdiri. Maka istilah ..Qayyum.. bermakna ..Yang kekal berdiri teguh.., atau dengan perkataan yang lebih jelas ..Yang sentiasa hidup kekal berdiri teguh... Para mufassirin mempunyai pandangan yang berbeza tentang pengertian perkataan ini dalam al-Qur..an. Tabarsi dalam Majma ul- Bayan berkata: ..Istilah ..Qayyum.. bermakna seseorang yang mengekalkan penciptaan sama ada penciptaan kehidupan atau menyediakan keperluan seharihari kepada mereka. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain: Tidak ada satupun makhluk bergerak di atas muka bumi yang keperluannya tidak disediakan oleh Tuhan. Pandangan ini diriwayatkan dari Qatadah. Jika dikatakan ..Qayyum.. bermakna Dia Maha Bijaksana. Ia diambil dari ungkapan Bahasa Arab... Iaitu, ..orang ini mengetahui apa juga yang tertulis dalam kitab ini... Dalam tempat lain ..Qayyum.. bermakna ..wujud berkekalan.., iaitu dia yang sentiasa hidup... Pandangan ini dipetik dari Sa..id ibn Jubayr dan Dahhak. Pada tempat lain ..Qayyum.. bermaksud ..seseorang yang melihat ke atas mereka supaya dapat diberikan balasan baik atau hukuman mengikut pengetahuannya... Pandangan ini diriwayatkan daripada Hassan Basri. Istilah ..Qayyum.. adalah bersesuaian dengan semua penafsiran yang disebutkan ini.[56]


Dalam perbahasan falsafah istilah ..Qayyum.. diberikan pengertiannya sebagai القائم بالذات لغيره yang bermaksud berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Apa yang berdiri di atas kaki ini dan kewujudannya tidak diambil daripada luar dan memberikan kepada yang lain untuk membuatkan mereka berdiri. Kami bergantung kepada kamu kerana kamu berdiri di atas kaki sendiri (merdeka iaitu tidak bergantung kepada yang lain). Sadr ul-Muta..allihin (Mulla Sadra) juga cenderung untuk menerima pengertian ini selepas membahaskan isu ini dengan terperinci, beliau akhirnya membuat kesimpulan bahawa istilah ..Qayyum.. bermaksud Dia yang memiliki kebebasan dan kemerdekaan mutlak di mana semua yang lain bergantung kewujudan mereka kepadaNya... [57]


Sayyid Qutb dalam tafsirannya tentang ..Qayyum.. berkata:..Iaitu yang Dia bukan sahaja mencipta makhluk tetapi mengekalkan kewujudannya... [58].


Allamah Tabatabai juga dalam al-Mizan 2: 347-348 telah menafsirkan istilah ini dengan cara yang sama seperti riwayat Qatadah dalam Majma ul-Bayan. Kita berpandangan pengertian yang sama iaitu sentiasa berdiri, sentiasa kendiri, dan sentiasa memerhati dimana dalam terjemahan Bahasa Parsi bukan hanya bersesuaian dengan pengertian daripada pengertian literal daripada istilah ..Qiyam.. tetapi juga sesuai dengan penjelasan ayat dalam Surah 2: 255. Istilah ..Qayyum.. dalam pengertian ini bersesuaian dengan sifat ..Hay.. dan maknanya. Sebagaimana kita mengetahui bahawa semua benda hidup dalam dunia ini memerlukan tidur. Mereka perlu tidur untuk menyegarkan kembali diri mereka untuk kesinambungan hidup mereka. Tidur dikaitkan dengan kelemahan dan keletihan otot-otot tubuh badan dan setiap haiwan hidup tidur lazimnya dalam keadaan berbaring dan tidak boleh berdiri di atas. Ketika tidur biasanya sebahagian daripada tenaga keperluannya khususnya kemampuan untuk pergerakan dan kesempurnaan dalam keadaan separuh terhenti.


Al-Qur..an menyatakan: Tuhan ialah Yang Maha Sempurna, yang tidak mempunyai rasa lemah; Dia Wujud yang tidak berasa letih, Sentiasa Maha Mencukupi (tidak memerlukan yang lain) dan Sentiasa Sedar, tidak tidur atau ngantuk. Justeru, Dia Sentiasa Maha Mengetahui dan Sentiasa Maha Berkuasa. Sekarang, Marilah kita sekali lagi mengambil perhatian kepada urutan ayat dalam Surah 2: 255: ..Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)... Anda telah menyaksikan bahawa semua kesimpulan yang dapat diambil dari ayat ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekuasaan mutlak Tuhan yang merupakan tanda kepada kebebasanNya daripada sebarang kelemahan berkaitan dengan sifat-sifat kehidupanNya.



38. Tuhan: Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Allah, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang (1: 1), Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya [3: 29] dan Dia memberikan semua yang kamu minta daripadaNya; dan telah menganugerahkan ke atas kita nikmat yang tidak terkira banyaknya [14: 34], [16: 18]. Sesungguhnya Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya [51; 58], Allah sebaik-baik pemberi rezeki.[62: 11], Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun [4: 99], Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. [2: 235], Maha Suci [34: 41]. Jika seorang pembuat dosa kembali ke jalan Allah dengan dosa-dosa dan kekotorannya, iaitu kembali ke jalan ketaqwaan dan kebenaran (bertaubat dari dosa-dosanya), Tuhan sekali lagi akan memberikannya rahmat ke atasnya dan Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatankejahatan (yang mereka lakukan)...[42: 25] dan Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani [21: 160].



39. Tuhan: Yang Maha Memberi Balasan

Tanda-tanda kasih sayang Tuhan amat melimpah dan tidak terhitung banyaknya di seluruh alam. Manusia seperti makhluk-makhluk lain menikmati rahmat Allah yang luas ini dengan pengkhususan bahawa manusia menerima nikmat dari Tuhan dengan kemampuan untuk memperbaikinya, satu proses kesedaran kendiri dengan ilmu pengetahuan yang dapat membezakan kebaikan dan keburukan, cantik dan hodoh dan juga mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan [60]. Kesedaran untuk memperbaiki bersama dengan kemampuan untuk memilih dapat dilakukan dengan syarat bahawa sebahagian daripada perbuatan manusia akan memberikan hasil yang dikehendakinya dan terdapat sebahagian perbuatannya akan membuahkan hasil yang tidak dikehendakinya. Hasil yang dikehendakinya adalah nikmat dan balasan baik dan hasil yang tidak dikehendakinya adalah penderitaan dan kesakitan, hukuman dan kemurkaan Allah SWT. Balasan baik dan hukuman yang akan menimpanya akan memberikan dorongan kepada manusia untuk membentuk dirinya supaya menjadi manusia yang amat memerlukan pembalasan baik dan menyelamatkan dirinya daripada hukuman. Maka kewujudan balasan baik dalam diri manusia merupakan satu rahmat dari Tuhan yang akan diikuti dengan hukuman dan kemurkaan Tuhan kepada mereka yang tidak bersyukur. ..Wahai, Dia yang rahmatNya mendahului kemurkaanNya... Dalam hal ini, al-Qur..an berulangkali menyatakan tentang kemurkaan Allah menimpa orang-orang yang tidak taat. ......kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia...[20: 81] ..Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya... [8: 52] ..dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya... [73: 13]



40. Tuhan: Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar dan Maha Terpuji

Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) [2: 256], Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya). [31: 30], Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana [2: 209], Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi, [13: 9], Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan [55: 78], Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya [11: 73]. Dia Mutakabbir iaitu yang menjadikan kebesaran dan keagunganNya meliputi segala sesuatu dan segala tanda-tanda kebesaran dan keagunganNya yang tampak kelihatan pada alam ini adalah milikNya semata-mata. ..Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.. [45: 37]. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Terpuji dan luas rahmatnya. ..Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.. [11: 73].



41. Tuhan: Yang Maha Adil

..Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.. [50: 29] Dia sentiasa menyeru kita bertindak di atas prinsip-prinsip keadilan [16: 90], [7: 29]. Dia telah menciptakan semua makhluk di dunia ini sesuai dengan sistem kejadiannya di mana semuanya berharmoni dan saling menlengkapi di antara satu dengan lain [87: 2], [67: 3]. Tuhan telah menetapkan balasan baik kepada perbuatan baik dan hukuman kepada pembuat dosa pada Hari Akhirat dalam lingkungan sistem ..perbuatan dan tindakbalas (aksi dan reaksi)... Pada Hari Akhirat seseorang akan memetik buah yang telah diusahakannya di dunia ini. Dengan cara ini dia mendapat apa yang diusahakan sendiri untuk dirinya ketika hidup di dunia. Setiap kemanisan atau kemasaman yang diberikan kepada manusia di dunia lain adalah hasil daripada perbuatannya di dunia ini, di mana apa yang dia perolehi adalah berdasarkan prinsip keadilan yang sempurna, tanpa sedikitpun pengurangan [2: 281], [14: 51], [40: 17] dan lain-lain lagi. Setiap manusia bertanggungjawab ke atas apa yang dia kerjakan [52: 51]. Pembinaan jatidirinya, sama ada dia berada di arah yang betul atau salah, dan bagaimana dia membentuk persekitarannya supaya persekitaran sosial dan fizikal memberi manfaat kepada kebajikannya dan kebajikan orang lain, membawa kepada pembinaan jatidiri pada arah yang betul.



42. Pernyataan Terakhir

Bahagian ini berkenaan dengan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dalam al-Qur..an, dengan rujukan khusus kepada perbuatan Allah SWT. Seseorang akan menemui banyak Nama dan Sifat Allah yang melebihi seratus perkataan. Kami menemui banyak Nama dan Sifat dalam solatsolat dan doa-doa. Misalnya seribu Nama dan Sifat Allah terkandung dalam doa yang dipanggil Jawshan Kabir. Kebanyakan Nama dan Sifat yang digunakan untuk Tuhan adalah kata terbitan sama ada dalam istilah atau pengertiannya dan pengertian kata terbitan membawa kepada maksud yang luas. Seseorang tidak boleh berasa yakin kepada jumlah tertentu tentang Nama dan Sifat Allah. Golongan ilmu kalam dan sufi juga beranggapan bahawa Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan tidak terbilang banyaknya. [61]


Inilah rumusan kepada ajaran metafizik yang disebut dalam al-Quran yang berkaitan dengan ilmu Tuhan [62]. Ilmu jenis ini diambil daripada sumber yang sahih iaitu wahyu. Pada ketika yang sama ia juga berasaskan kepada ilmu kesedaran manusia yang dicapai melalui pemikiran yang mendalam terhadap tanda-tanda kebesaran Tuhan yang meliputi pada Nama-nama dan Sifat-sifatNya. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang dapat menghilangkan dahaga orang yang dahaga yang ingin mengetahui kepentingan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dan nampaknya terdapat masalah praktikal seperti mana yang kita hadapi iaitu ketika menyesuaikan kepada kehidupan. Dalam pendekatan ini tidak ada ruang kepada perbahasan yang tidak bermanfaat dan sia-sia yang mendatangkan keburukan kepada kehidupan individu begitu juga kepada ummah. Ini merupakan satu pelajaran yang patut kita pelajari supaya dapat mengelakkan dan menjauhkan diri daripada pertentangan yang tidak berpenghujung dan tidak berfaedah dalam bidang metafizik. Maka perbahasan sedemikian dan sebarang kontroversi tidak akan membawa kita kepada sebarang kesimpulan yang tertentu, kerana kebanyakannya timbul dari kejahilan dan prejudis.


Al-Qur..an mengkritik orang-orang yang mengambil jalan ini khususnya dalam soal metafizik. ..Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya... [3: 66] Saya berdoa kepada Allah supaya kita tidak digolongkan sebagai orang yang terlibat dalam pertentangan yang sia-sia. Kata-kata kami yang terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.



Nota kaki: (Bab IV)

1. Nahjul Balaghah, 2: 241
2. Ilmu Kalam adalah bahagian daripada metafizik.
3. Ibn Nadim, al-Fehrest, hlm. 361.
4. Moien, Farhang-e Moien (Parsi).
5. Encyclopedia Brockhause.
6. Ibn Sina, Shifa, hlm. 277.
7. Sama ada ia berkaitan kepada apa yang terhasil oleh orang yang menggambarkannya atau persepsi yang diperkatakan itu.
8. Iaitu hasil yang dicapai oleh fakulti persepsi kita dalam memahami kebenaran.
9. Menurut teks tersebut, intelek manusia adalah sama dengan kemampuan intektual manusia.
10. Aristotle, Metaphysics, hlm. 3-4.
11. Aristotle telah merujuk banyak kali fakta ini. Contohnya dalam bahagian pertama dan bahagian kedua bukunya begitu juga bahagian kedua belas.
12. Ross(tran), Metaphysics, hlm. 983.
13. Berhubung dengan perkara ini, Ibn Sina telah membuat kenyataan berikut dalam bukunya as-Shifa: .....dan inilah falsafah pertama yang berkaitan dengan realiti sejagat iaitu kewujudan dan keesaan. Dan ia adalah satu kebijaksanaan yang berada dalam realiti pembelajaran tinggi tentang perkara yang amat berharga. Hal ini disebabkan ilmu pengetahuan sedemikian adalah ilmu pengetahuan yang paling berharga. Amat menyakinkan bahawa ilmu pengetahuan yang paling berharga ialah ilmu pengetahuan tentang Tuhan dan sebab-sebab kepada kewujudan Zat Yang Maha Suci. Pada realitinya, ini merupakan ilmu pengetahuan asas kepada kewujudan alam ini dan pengetahuan tentang Tuhan. Dan sains Ilahi dapat didefinisikan adalah: ilmu pengetahuan tentang realiti-realiti di mana kewujudan-kewujudan adalah bebas daripada bergantung kepada benda-benda... Shifa, Ilahiyyah, 10 dan 11). Di suatu tempat lain beliau berkata: .....sains ini juga dipanggil ..Sains Ilahi.. kerana hasil yang tidak terbatas tentang sains ini ialah ilmu pengetahuan tentang Yang Maha Berkuasa.... maka ia menunjukkan bahawa sains ini merupakan peringkat yang tertinggi dan sempurna ilmu pengetahuan dan tujuan asasnya ialah untuk mencapai pengetahuan tentang wujud yang terpisah daripada alam semulajadi (Shifa, Ilahiyyah,15 dan 16)
14. Versi Arab tentang Teologi (Ilmu Kalam) bermaksud,..Mengetahui tentang Tuhan.. atau ilmu pengetahuan yang berkait dengan Tuhan (Lahut).
15. Mulla Sadra, al-Mabda wa al-Ma..ad, hlm. 4
16. A.J. Arberry, Reason and revelation, hlm. 9
17. Upanishad, hlm. 419
18. Allamah Tabatabai, al-Mizan, hlm. 12:2,3
19. Mulla Sadra, al-Mabda wa al-Ma..ad, hlm. 16
20. Dalam kitabnya al-Mizan, Allamah Tabatabai ketika menafsirkan ayat ini tentang fitrah semulajadi dalam agama telah mengambil pandangan yang lebih luas dan menekankan pendapat bahawa semua ajaran dan agama adalah berasaskan satu sistem kepercayaan dan amalan dan semua keperluan fitrah manusia.
21. Sila rujuk Imam Fakhr Tafsir al-Kabir, Juz. 15, hlm. 40-49, Tafsir Majma..ul Bayan, Juz. 4, hlm. 497-498, dan Tafsir al-Mizan, Juz.
8, hlm. 338-346
22. Salah seorang penafsir ialah Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur..an, Juz. 3, hlm. 670.
23. Sila rujuk Tafsir Majma..ul Bayan, Juz.4, hlm. 498 dan Tafsir al-Kabir Imam Fakhr, Juz. 15, hlm. 46-52
24. Haqqul Yakin adalah ilmu pengetahun yang terang melampaui batas keraguan dan kekaburan. Ilmu Huduri, Ilmu Basirah adalah contoh-contoh ilmu tentang keyakinan. Cara yang paling baik untuk mencapai ilmu pengetahuan demikian adalah tindakan yang berada pada bidangnya kerana dalam keadaan itu seseorang akan berhadapan dengan realiti yang objektif dan bebas daripada subjektiviti. Subjektiviti yang jauh daripada dunia sebenar dan menjauhkan manusia daripada memahami realiti.
25. 45: 24
26. اولو الالباب
27. قوم يتفکرون
28. قوم يتذکرون
29. Dario halaman ini sehingga halaman 200, perbahasan adalah bersifat falsafah untuk menjelaskan kepada mereka yang berkecimpung dalam Ilmu Kalam. Mereka yang tidak biasa dengan falsafah, boleh meninggalkan bahagian ini.
30. Mythologi Greek tentang Tuhan-tuhan hanya merupakan anganangan dalam imajinasi manusia. Kelemahan manusia mengenai pengetahuan tentang Penyebab Mutlak adalah bertanggungjawab menukarkan Tuhan dengan dengan tuhantuhan.
Dalam bidang sains fizik juga menggunakannya pada sebab-sebab dan faktor-faktor fizik alam semulajadi. Sebagai hasil yang tersasar dalam kedua-dua bidang Ilmu Kalam dan juga sains fizik.
31. Aristotle, Metaphysics, hlm. 247
32. Ibid, hlm. 713.
33. Ibid, hlm. 1000
34. Ibid. Buku Alpha (minor) dan buku Lambada.
35. Ibn Sina, Isharat wa Tanbihat, hlm. 109-115.
36. Kenyataan asli Ibn Sina dalam kitabnya Isharat berhubung perkara ini ialah seperti berikut:..Renungkan bagaimana kenyataan kami untuk menyaksikan wujud yang Pertama (Pencipta), TawhidNya, Maha Sempurna dan Bebas daripada ketidaksempurnaan dan kelemahan tidak memerlukan bendabenda lain melainkan kehendak kepada kewujudan diriNya sendiri, dan tidak memerlukan makhluk yang dijadikanNya, walaupun ia menjadi bukti kepada kesaksian tetapi kehendak yang pertama lebih bernilai dan sahih... Iaitu untuk menyatakan, jika kita meletakkan peringkat kewujudan dan ini menyaksikan kepada kewujudannya sebagai manifestasi sebenar kepada kewujudan, maka ia menjadi bukti yang kukuh dan sahih kepada semua peringkat selanjutnya tentang keseluruhan wujud dan mawjud. Al-Qur..an telah menetapkan:..Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur..an itu adalah benar. (41: 53) Saya katakan bahawa ayat ini bermaksud satu kumpulan manusia dan al-Qur..an menyambung: Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguh Dia menyaksikan segala sesuatu? (41: 53)
37. Ibid, hlm. 123
38. Ibid. 123.
39. Nasir al-Din Tusi, Tajrid al-E..tiqad, hlm. 172
40. Allamah Hilli, Kashf ul-Murad Fi Sharh Tajrid al-E..tiqad.
41. Iaitu keberadaan yang tidak memerlukan asal-usul.
42. Iaitu kewujudan dibuktikan sebagai wujud yang tidak bergantung kepada sebab.
43. Jika kita menyambung, ia tidak akan sampai kepada wujud yang tidak bergantung kepada sebab.
44. Pada pendekatan ini, melalui proses dan keraguan di antara wujud yang wajib (wajibal wujud) dan wajib yang munkin (munkin wujud), kita menemui wujud yang wajib. Iaitu mengapa argumen yang dibincangkan di sini dipanggil hujah wajib dan munkin.
45. Sebagai di nyatakan dalam Surah berkenaan, ayat 148.
46. Apa yang menghubungkan premis utama dan cabangcabangnya membolehkan kita untuk sampai kepada kesimpulan ketiga melalui pengetahuan darinya.
47. Menurut Rumi: matahari muncul sebagai bukti kepada matahari jika anda mahukan bukti, jangan memalingkan wajah anda daripadanya.
48. ..Wahai yang memberi petunjuk melalui dirinya...
49. Mulla Sadra, Asfar, hlm. 26-27.
50. Isu kewujudan, konsep dan keberadaannya telah menjadi isu yang penting dalam falsafah. Pada zaman kita, beberapa orang pengikut Hegel telah melanjutkan analisis Hegel tentang kewujudan dengan merujuk kepada konsep lain dan objektif keberadaan yand diambil daripada misalnya buku Heidegger. Bertajuk Being and Time.
51. Dr. Ali Shariatmadari seorang Professor di Universiti Isfahan.
52. Dr. Ali Shariatmadari, Falsafah, hlm. 335.
53. Ibid, hlm. 336-337.
54. Ibid, hlm. 339.
55. Ibid hlm. 339.
56. Mawjud merupakan kata kerja pasif yang diambil daripada perkataan wajada iaitu dalam Bahasa Parsi yafteh iaitu telah ada. Kemudian istilah ini memiliki maksud baru selain kata kerja pasif.
57. Jika seseorang diberi nama Parviz sebelumnya, maka nama ini akan menjadi hak miliknya mutlak.
58. Mulla Sadra, Asrar, Juz. 5, hlm. 28-26
59. Allamah Hilli Kashf ul Murad fi Sharh Tajrid al-I..tiqad, hlm. 172.
60. Mulla Sadra, Asfar, Juz. 5, hlm. 28-29.
61. Ibid, Juz. 6, hlm. 15.
62. Keterangan lanjut tentang falsfah tentang ayat ..Cahaya.. rujuk tafsir Mulla Sadra, hlm. 358, 375, Asfar 5: 349, Shawahid, hlm.
36. ..Allah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia.. (3:
18). Allah menyaksikan bahawa Dia menurunkan Qur..an: ..Tetapi Allah menyaksikan bahawa Dia menurunkannya dengan ilmuNya (4: 166). Allah menyaksikan bahawa golongan munafiq adalah pembohong: ..Allah menyaksikan bahawa orang-orang munafiq adalah pembohong..(63: 1). Allah menyaksikan kenabian NabiNya: ..Kami telah mengutuskan engkau (Wahai Nabi!) kepada manusia sebagai seorang Nabi dan cukuplah Allah sebagai saksi.. (4: 79) Dan Tuhan menyaksikan kepada segala sesuatu (5: 117) berkenaan dengan isu tentang kewujudan Tuhan kesaksianNya telah berlaku pada lain-lain agama samawi juga dalam kitab-kitab agama bukan agama Nabi Ibrahim, Zoroaster beranggapan Tuhan sebagai saksi kepada kenabian dan agama yang benar. Dia berkata:..Wahai manusia kalian tidak akan dapat mencari jalan yang benar untuk diri kalian, Mazda Ahura telah menetapkan kepadaku menjadi hakim ke atas dua kumpulan penyembah Mazda dan penyembah kejahatan, dan mengutuskanku kepada kalian supaya aku boleh memandu anda ke jalan yang benar dan kalian semua boleh hidup bersama-sama mengikut petunjuk agama yang benar. Mazda Ahura menjadi saksi ke atasku dan saksi ke atas agamaku.. (2: 41, Avesta)


Nota: (Bab V)

1. Sejauh manakah penggunaan istilah ..Izad.. dan ..Yazd.. bertepatan dengan istilah Allah dan sesuai pula dengan makna asal istilah-istilah tersebut dalam Avesta? Dr. Muin dalam A Persian Dictionary (Farhang-e, Moin, Vol. 1) berkata: ..Izad.. (Yazd) bermaksud: 1) Firishtah, Malak iaitu malaikat; (penjelasan): Dalam agama Zorastrian ia digunakan untuk malaikat di bawah ..Amishapand... Jumlah ..Izadan.. adalah banyak dan dibahagikan kepada dua: ..Minawi.. dan ..Jahani.., Ahuramazada adalah ketua Yazdan. Istilah Yazdan adalah dalam bentuk jamak dari Yazd, tetapi dalam Bahasa Pahlavi dan Parsi ia digunakan dalam bentuk mufrad untuk Tuhan (2). Khuda, Afardegar iaitu Pencipta, Allah, ia adalah jamak kepada Yazdan.
2. Berkenaan dengan asal-usul perkataan ini, terdapat banyak pandangan yang berbeza iaitu ada 20 atau 30 pandangan. Anda boleh merujuk Taj al-arus, V 1 hingga 9, perkataan ..illah.. dan pecahan-pecahannya.
3. Kebanyakan ahli falsafah dan pemikir mempunyai intepretasi istilah ciptaan (khalq) dan perintah (amr) sebagai satu bentuk yang merujuk kepada dunia fizikal dan yang kedua merujuk dunia idea atau abstrak. Untuk memahami istilah-istilah ini seseorang bolehlah membuat rujukan kepada rencana saya yang diterbitkan beberapa tahun dahulu di Maktab-eTashayy..u.
4. Ayat 85: 20 mempunyai kaitan kepada ilmu pengetahuan dan kekuasaan Allah yang meliputi semua orang orang kafir yang menafikan kebenaran Ilahi. Tetapi Sadr ul-Muta..allihin telah memberikan pengertian umum bagi meliputi perkara-perkara ini.
5. Mazda, Ahura, Mada ahura dan Ahuramazda adalah namanama Tuhan Yang Maha Pencipta menurut agama Zorastrian (Avesta, nota kaki. Hlm.32) Ahuramazda, Ahurmazda, Hurmazd, Urmazd, Hurmuzd (Pahlavi; Ohramzd). Ahuramzda Tuhan Yang Bijaksana, Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam tradisi Iran purba dan Zoroastrian adalah Pencipta kepada langit dan bumi, Amishaspand dan Izadian juga diciptakan olehNya. DiriNya kuasa dan kebijaksanaan dan menjadi sumber kepada kebaikan, kesucian dan ketaqwaan.(Kamus Parsi,..Farhang-e Mo..in,Vol, 5).
6. Malaikat pertama yang paling tinggi kedudukannya yang mewakili pemikiran, kebijaksanaan, ilmu pengetahuan Ahuramazda dan mengajar manusia ucapan yang benar. (Avesta, nota kaki, hlm. 32)
7. Malaikat kedua tertinggi mewakili Ahuramazda dalam kebenaran dan kesucian, dia bertanggungjawab kepada lingungan langit dan Tuhan api di bumi. (Avesta, nota kaki, 32)
8. Malaikat keempat tertinggi menjadi simbol kepada kesucian, kebenaran dan baik hati. Malaikat ini mewakili persahabatan dan sifat baik hati Ahuramazda di langit dan menjadi penjaga kepada dunia, kebajikan dan kemajuan dalam dunia nyata. Ia adalah perempuan yang menggalakkan orang ramai melibatkan diri mereka dalam pertanian dan mengusahakan tanah. Ia dipanggil anak perempuan Ahuramazda seperti mana Auhar dimuliakan sebagai anak lelaki Ahuramazda. (Avesta, nota kaki, hlm. 32
9. ..Adi ibn Hatam (w.68H) adalah salah seorang sahabat Nabi SAWAW yang datang dari Syria ke Madinah dan memeluk Islam.
10. Tawhid dalam penyerahan diri dan ketaatan kepada Allah merupakan salah satu aspek bernilai dalam Tawhid Islam yang memainkan peranan penting dalam sosio-ekonomi dan masyarakat. Dalam perbincangan kita, kita telah menjuruskan diri kita kepada pendedahan tentang prinsip-prinsip asas Tawhid dalam Islam sahaja, dan tidak pergi jauh kepada pelbagai aspek yang ada hubungkait dengan sistem sosial Islam, sistem ekonomi dan sistem pendidikan Islam.
11. Dalam hal yang sama sila rujuk kepada ayat-ayat berikut: 2: 120, 145, 5: 77, 13: 56, 119, 150, 37, 25: 43, 26: 29, 38: 26, 42: 9, 15, 45: 18, 23, 53: 14, 23. 12. Sadr ul-Muta..allehin dalam al-Shawahid al-Rubbubiyyah telah memberikan hujah-hujah asas tentang Keesaan Tuhan dengan hujah ini sahaja. Dalam hal ini dia berkata: ..Perkara kedua yang lahir daripada Wahdaniyyah (Keesaan) Wujud Yang Wajib: ini adalah perkara yang berharga iaitu yang paling penting pada pandangan golongan Urafa, dengan pengetahuan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada kami, kami mempunyai hujah yang tinggi (Burhan-e Arshi) dan kuat dang tidak dapat dibantah.... 13. Penerangan yang mendalam tentang perkara ini telah diberikan dalam Bab Kesebelas dalam kitab falsafah, dan sesiapa boleh merujuk kepada al-Asfara, Vol 6, hlm. 100-105)


Nota Kaki Bab VI

1. Persidangan ini merupakan persidangan sosial yang muncul secara beransur-ansur dalam proses sosial dan tidak dibentuk melalui penerimaan yang dicapai di kalangan satu kumpulan manusia.

2. ..Ism.. (nama) diambil dari kata ..simah.. bermakna simbol.

3. Bagaimanakah kita mengenalNya? Seseorang hanya sekadar boleh berkata ..Dia... (Upanishad, 376).

4. Al-Kulayni, al-Kafi, Juz.2. hlm. 82.

5. Ibid, hlm. 84.

6. Saduq, Asrar al-Tawhid, hlm. 102.


7. Keterangan lanjut, sila rujuk Maqalat al-Islamiyyin, Juz.1, hlm. 66


8. Ia menerangkan kepada doktrin yang terkemuka bahawa ..Tuhan adalah ruh dunia ini... Doktrin ini ada dalam Upanishad.


9. Nahjul Balaghah, (1 -151).


10. Bharatan Kumarpa, The Hindu Conception of the Diety (London, 1934)


11. U.M. Miller, The History of the Ancient Church in the Empire of Rome and Iran. (Germany, 1931), hlm. 245.


12. Upanishad, hlm. 424. 13. Chandogya Upanishad, hlm. 288 14. Ibid, hlm. 288. 15. Ibid, hlm. 289. 16. Ibid, hlm. 289. 17. Avesta, 9: 69 18. Ibid, 2: 33 19. Ibid, 8: 40. 20. Asman adalah nama kepada malaikat yang menjaga langit (f.t. Avesta). 21. Avesta, 27: 346. 22. Ibid, 14: 65-66. 23. Ibid, 4: 68. Berbanding dengan al-Qur..an yang menyatakan tentang pemelihara ini: ..Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun... [35: 41] 24. Exodus 19: 18-24
25. Ibid, 24: 1-2
26. Ibid, 19: 19-12.
27. Genesis, 18: 20-23
28. Exodus, 17: 22
29. Genesis, 35: 13
30. Kings, 8: 39
31. Qur..an, 40: 36-37
32. Mathew, 5: 44-45
33. Ibid, 6: 9-11
34. Ibid, 5: 10
35. Dari ayat di atas tentang (Sama..al-Dunia) langit terdekat, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa al-Qur..an menganggap ruang antara bintang-bintang sebagai satu langit. Ia juga sebagai langit pertama, langit yang paling rendah dan dekat kepada kita. Lantaran itu ayat ..langit yang tujuh.. yang banyak digunakan dalam ayat-ayat Qur..an bukanlah satu pernyataan simbolik dan dalam maksud yang sebenar ia menunjukkan bilangan langit, iaitu ia berbeza dengan lapan langit atau sembilan langit yang dipercayai dalam ilmu astronomi terdahulu dan mengikut doktrin tersebut dari langit pertama sehingga langit ketujuh merupakan tempat planet-planet. Langit kelapan merupakan tempat bagi tubuh yang tetap, dan langit yang kesembilan sebagai Atlas, iaitu tempat yang tidak berbintang. Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk kepada perbahasan-perbahasan dan buku-buku berkenaan perkara ini, menurut doktrin berkenaan.


36. ..Sidratul-Muntaha.. dalam ayat-ayat Qur..an mempunyai persamaan dengan pohon someh dalam Upanishad,hlm. 203.
37. Mathew, 5: 34-35
38. Penggunaan istilah secara tidak langsung adalah perkara yang biasa dalam tulisan-tulisan yang berunsur simbolik.
39. Terdapat beberapa pandangan yang sama dalam ayat-ayat kedua dan ketujuh, Genesis, Old Testament.
40. Pandangan ini berakar umbi dari kebudayaan bukan Islam. Misalnya, dalam Old Testamenet, Exodus, 24: 10.
41. Walaupun kita menemui hadith-hadith daripada Nabi SAWAW dan para Imam AS berkenaan dengan Arasy tetapi kajian tentang kesahihan hadith-hadith tersebut di luar bidang tulisan ini.
42. Teori ini lebih kurang menyamai teori sains dengan merujuk kepada buku ..Science For the Intelligents.. hlm. 27-113
43. Perbincangan lanjut tentang Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang dibincangkan dan perbahasan tentang lihat halaman 11 dan tentang rahmat Allah lihat halaman 18.
44. Qaisari, Sharheh fusus e-Qaisari, hlm. 20.
45. Tabarsi, Majma..ul-Bayan, Juz. 9. hlm. 175
46. Mulla Sadra, al-Shawahid al-Rubbubiyyah, hlm. 48.
47. Ini salah satu pengertian pantheisme yang menyebabkan sukar untuk membezakannya dengan doktrin kebendaaan tertentu berkenaan dengan dunia ini.
48. Allamah Hilli, Kashf al-Murad, hlm. 182.
49. Ibid, hlm. 182-184.
50. Besar kemungkinan perkara ini berakar umbi dari kitab Torah, kerana terdapat banyak contoh dalam Genesis dan Exodus yang menyebut Tuhan bertemu Nabi Ibrahim dan Yaakub.
51. Ash..ari, Maqalat al-Islamiyyin, Juz. 1 hlm. 263.
52. Ibid, hlm. 321-322.
53. Seperti juga dengan ayat 6: 103, 7: 143.
54. Dalam Surah 4: 153 peristiwa yang sama juga disebutkan. 55. Zoroaster juga menyebut tentang pertemuan dengan Tuhan dengan penyaksian matanya sendiri:..Ahura Mazda, apabila aku melihat Engkau dengan mataku sendiri, fikiran melayang tentang diriMu dalam hatiku bahawa Engkau wujud yang awal dan akhir dan bapa kepada Tuhan... (Avesta, 8: 43)
56. Tidak ada keraguan bahawa fungsi setiap sistem dihubungkan dengan sistem saraf tunjang. Malahan para ahli anatomi yang maju percaya dalam arahan berpusat untuk setiap sistem bertempat di otak. Tetapi setiap perbuatan yang dihubungkan dengan arahan daripada otak tidak boleh dipanggil tingkah laku voluntari. Namun demikian terdapat beberapa orang yang mengawal perbuatan mereka dengan latihan dan pertapaan. Mereka mungkin dapat mengawal sesetengah sistem tetapi kawalan seperti ini jika benar adalah terbatas dan tidak meliputi semua orang.
57. Tabarsi, Majma al-Bayan, Juz. 2, hlm. 362.
58. Mulla Sadra, Tafsir-e Mulla Sadra, hlm. 305-306.
59. Sayyid Qutb, Fi Dzillalil Qur..an, 1: 49.
60. Surah 2: 117, 3: 47, 16: 40, 19: 35, 40: 68 merujuk hal ini. Dalam sesetengah ayat lain, ia menekankan tentang perintah Tuhan yang meliputi segala sesuatu.
61. Ini merupakan satu fahaman tertentu dalam falsafah wujud iaitu kini dipanggil faham existentialisme. Kewujudan manusia mendahului zatnya, dan dan zat manusia dibentuk dan dikembangkan oleh dirinya sendiri.
62. Qaisari, Sharh Fusus-e Qaisari, hlm. 20.
63. Dalam buku ini, sesetengah isu umpamanya tentang ilmu Tuhan, keadilan Tuhan dan sebagainya dibincangkan secara ringkas, walaupun setiap tajuk ini memerlukan perbincangan terperinci yang panjang lebar mencakupi berjilid-jilid buku. Agak beruntung, pada masa ini terdapat buku-buku yang telah ditulis tentang sesetengah isu oleh para ilmuan Islam yang baik dalam penulisannya. Kami berharap buku-buku yang berkenaan dengan perkara lain dalam tajuk ini dapat di tulis dan diterbitkan.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar